Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setelah ditahan sehari semalam, polis hari ini membebaskan kartunis Zunar lewat petang ini.

Sebelum itu, polis pagi tadi berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah majistret Sepang untuk terus menahan kartunis Zunar.

Menurut peguamnya Latheefa Koya, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini masih dalam tahanan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang.

Ketika dihubungi Malaysiakini , beliau turut mendedahkan bahawa setakat ini polis masih belum merekodkan kenyataan kartunis popular itu walaupun telah menahannya sejak jam 4 petang semalam di pejabatnya di Brickfields.

"Mereka juga masih flip-flop (berdolak-dalik) sama ada mahu menyiasatnya bawa akta penerbitan atau akta mesin cetak dan penerbitan.

Sementara itu, polis 'melawat' pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama petang ini bagi mencari buku yang dianggap kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, dalam kunjungan pada jam 3.45 petang itu, setelah memeriksa stor buku Malaysiakini , tiada sebarang barang diambil.

Polis juga merekodkan kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan kira-kira 45 minit.

ADS