mk-logo
Berita
ETP: Tawaran loji nuklear M'sia mungkin seawal 2014

Jika Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti seratus peratus, maka kontrak untuk loji nuklear pertama akan dikeluarkan seawal tahun 2014.

Ini bagi memastikan unit kembar loji kuasa nuklear dengan jumlah kapasiti 2 gigawatt, di  mana unit pertama boleh mula beroperasi pada tahun 2021.

nuclear power plant reactor fusion 040309 02 Mengikut garis panduan ETP,  garis masa pembangunan adalah dari 11 hingga 12 tahun daripada pra-projek sehingga penyerahan.

Semua kajian bagi mempersiapkan Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear dijangka selesai menjelang hujung tahun ini manakala kerja perancangan akan berakhir pada permulaan 2013 dan kerja pembinaan pula akan bermula pada 2017.

Projek loji nuklear ini dijangka menelan pelaburan RM21.3 bilion sehingga  2020, meskipun tidak jelas sama ada kerajaan akan menanggung perbelanjaan projek itu.

“Untuk memastikan penyampaian tepat pada masanya, projek akan dilancarkan tanpa penangguhan,” petik laporan itu.

Empat item laluan genting yang dikenalpasti mesti ditangani dengan keutamaan tertinggi.

  • Harus ada penerimaan masyarakat terhadap projek tersebut.
  • Malaysia harus menggunapakai perjanjian antarabangsa yang berkaitan.
  • Kerajaan harus memastikan rangka kerja kawalselia yang betul dikuatkuasakan.
  • Persetujuan untuk lokasi yang dirancangkan harus diperolehi dan penduduk tempatan juga mesti meluluskan lokasi tersebut.
[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS