Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan pemilihan PKR hari kedua setakat ini memperlihatkan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendahului tipis di depan.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh setakat jam 10.47 malam, keseluruhan undi yang diterimanya sejak semalam sebanyak 861 undi.

Manakala pesaingnya, naib presiden Azmin Ali mendapat 845 dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 446 undi.

Keputusan itu bagaimanapun hanya berdasarkan semakan Malaysiakini dengan 11 cabang hari ini dan 9 lagi daripada keputusan rasmi semalam.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Azmin mendakwa, berdasarkan keputusan tak rasmi daripada 38 cabang, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kini sudah memotong Zaid dengan keseluruhan 1,456 undi.

Zaid didakwa mendapat 836 undi manakala Mustaffa mendapat 418 undi.

Dalam masa yang sama terdapat laporan bahawa Mustaffa kini menguasai banyak kerusi di Perak di mana beliau menjadi pengerusinya, sekali gus merapatkan jurang antara ketiga-tiga pesaing.

Perak antara negeri yang mempunyai bilangan anggota PKR terbesar di samping Selangor, Sabah dan Pulau Pinang. Sembilan cabang di negeri itu mengadakan pemilihannya hari ini.

Keputusan rasmi daripada ibu pejabat PKR dijangka diperoleh esok pagi.

KEPUTUSAN MENGIKUT CABANG

11.05pm Di Bagan Serai, Azmin mendapat 22 undi, Zaid 27 dan Mustaffa 217 undi.

10.43pm Di Kuala Pilah, Mustafa mendapat 49 undi, Azmin 38 dan Zaid 11 undi.

Di Tanah Merah, Azmin mendapat 133, Zaid 27 dan Mustaffa sebanyak 4.

Di Lenggong, Azmin mendapat 25 undi, Mustaffa 17 dan Zaid 1.

Di Kuantan, Zaid mendapat 50, Azmin 49 dan Mustaffa sebanyak 9 undi.

10.05pm

Di Rasah, untuk jawatan timbalan presiden, Azmin mendapat 39 undi, Mustaffa 7 dan Zaid - 15

Di Jempol, untuk jawatan timbalan presiden, Amin mendapat 47 undi,

Mustafa 2 dan Zaid hanya 1.

Di Seremban, untuk kerusi timbalan presiden, Azmin mendapat 15, Mustaffa 78 dan Zaid sebanyak 23.

7.00pm Di Indera Mahkota, Azmin mendapat 57 undi, Zaid 33 dan Mustaffa gagal mendapat sebarang undi.

Di Telok Kemang, Zaid mendapat 95 undi, Azmin 36 dan Mustaffa 3 undi.

Di Arau, Azmin mendapat 12, Mustaffa 3 dan Zaid 1.

ADS