BERITA

Amaran untuk siswa sertai jamuan kek anti-menara

Lee Long Hui & Lee Weng Keat

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Nov 2010, 10:39 malam

Kumpulan maya yang menentang projek pembinaan menara 100 tingkat hari ini meraikan ulang tahun sebulan dengan mengundang penyokongnya menyertai jamuan kek di pelbagai tempat di seluruh negara.

Bagaimanapun, 'parti kek' di Kampar itu mendapat amaran daripada pusat pengajian yang diasaskan MCA - Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) supaya mahasiswanya tidak menyertai program itu.

utar vice president teh chee seng Naib Presidennya, Teh Chee Seng mendakwa di laman Facebook, jamuan yang dirancang di McDonald Kampar pada jam 8 malam ini sebagai "perhimpunan haram".

"Sila ambil perhatian, ia adalah perhimpunan haram dan pihak polis akan membawa pihak terbabit ke balai polis untuk disoal-siasat," katanya.

Teh mendakwa, beliau telah cuba menghubungi penganjurnya tetapi gagal.

Sehubungan itu, beliau menulis di Facebook bagi memaklumkan penganjur supaya menghubunginya.

Mengulas komen daripada mahasiswa, Teh menjelaskan bahawa "berhimpun lebih daripada lima orang di kawasan awam dengan 'niat tertentu' adalah tidak dibenarkan."

Beliau juga memberikan amaran: "Jangan pergi sana. Polis ada di sana."

[Baca berita penuh]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.