Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Khabar angin bertiup kencang di kalangan pemimpin DAP bahawa anggota jawatankuasa pusat parti itu yang juga dianggap ‘budak nakal’ - Teng Chang Khim - akan dikurniakan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk.

NONE Bagaimanapun terdapat peraturan tidak bertulis parti itu bahawa pemimpin DAP tidak sepatutnya menerima kurniaan berkenaan bagi menjamin imej marhaen mereka.

Dalam kes Teng adalah dipercayai kurniaan itu datangnya daripada pihak istana sendiri yang mempunyai prerogatif mencadangkan pilihan mereka.

Namun pengurniaan itu yang dijadualkan pada 11 Disember ini sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli DAP Selangor yang akan mengundi pada pemilihan parti itu Ahad ini bagi memilih kepimpinan baru.

‘Seteru’ Teng yang dilabelkan sebagai Kumpulan Perpaduan mendakwa pemimpin kebangsaan dan negeri tidak dirujuk berhubung perkara itu dan penerimaan kurnian berkenaan memecahkan tradisi parti.

sultan selangor and selangor state exco Menurut sumber dari kumpulan itu, pada awalnya mereka berpendapat Teng melobi bagi mendapatkan anugerah itu yang besar kemungkinan akan menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin akar umbi.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, yang merupakan sekutu Kumpulan Perpaduan juga mendedahkan perkara itu di laman Facebook malam semalam.

"Adakah awak akan sokong jika ada ahli DAP dikurniakan gelaran Datuk oleh Sultan?” soal Lim di Facebook dan tinjauan mendapati ramai yang menyokong pengurniaan itu.

NONE Bagiamanpun risikan oleh Kumpulan Perpaduan mendapati nama Teng sebenarnya dicadangkan oleh pihak istana atas kedudukannya sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor. Sebarang usaha mendesak Teng menolak kurniaan itu adalah satu penghinaan kepada istana.

Tambahan lagi, jika perkara itu dijadikan isu, ia akan memperkukuhkan lagi reputsai Teng kononnya perjuangan beliau mendapat pengiktirafan pihak istana.

"Justeru, lebih baik jangan bercakap langsung,” kata sumber itu.

ngeh koo ham pas ceramah in kelantan 190508 01 Kumpulan Perpaduan sekarang cuba menangkis cabaran sengit oleh Teng yang mengetuai kumpulan lain yang dilabel oleh media Cina sebagai Kumpulan Reform Keadilan bagi menguasai kepimpinan negeri.

Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham ( kiri , berbaju batik ) dikurniakan gelaran datuk oleh Sultan Perak Azlan Shah berdasarkan kedudukannya sebagai exco kanan kerajaan negeri.

Kurniaan itu tidak ditolak kerana ia dicadangkan oleh istana dan bukannya oleh kerajaan negeri. Namun Ngeh dikatakan telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pemimpin pusat dan negeri sebelum majlis berlangsung.

Dalam kes Teng, dipercayai parti itu tidak mempunyai sebarang maklumat.

[Baca berita penuh]

ADS