Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha masih terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

NONE Ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata keadaan kesihatan Sulaiman adalah ‘stabil’ tetapi enggan mengulas lanjut. Tenang adalah kerusi yang terletak di kawasan parlimen Tenang.

Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat.

Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta, Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

azlan Sementara itu, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

 

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalm darahnya. 

 

 

ADS