Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan persekutuan tidak meneruskan cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu tidak perlu memandangkan penghakiman terbuka dalam inkues sebelum ini memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.

NONE "Ia (keputusan) mahkamah terbuka. Jadi maksudnya, kita serah kepada polis untuk disiasat (punca kematian).

"Kalau ada yang bersalah, dia boleh didakwa. Kenapa hendak sibuk dengan suruhanjaya," kata Ibrahim

"Bererti, ia tidak menghormati keputusan inkues, keputusan mahkamah," tambahnya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi PERKASA di ibu negara petang ini, Ibrahim secara sinis berkata pihaknya terperanjat "atas keterbukaan dan baiknya kerajaan" menubuhkan suruhanjaya itu.

Taklimat undang-undang tubuh S'gor

Anggota parlimen Pasir Mas itu juga berkata inkues sebelum ini telah berjalan dengan telus.

Ibrahim juga berpendapat, suruhanjaya diraja tidak diperlukan sekiranya keputusannya nanti sama seperti hasil daripada inkues.

NONE "Tubuh suruhanjaya memerlukan kos, perbicaraan inkues menggunakan duit rakyat. Sekarang tubuh suruhanjaya, pakai duit lagi. Duit rakyat. Saya pembayar cukai," katanya.

Sementara itu, mengulas kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan taklimat penerangan tentang undang-undang tubuh negeri.

Ia akan diadakan pada 17 Januari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau juga mempertahankan pelantikan Khusrin itu sebagai sah di sudut undang-undang.

ADS