Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badrul muncul di sidang DUN S'gor
Diterbitkan:  Jan 24, 2011 10:16 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor yang dinantikan banyak pihak akhirnya akan berlangsung sebentar tadi dengan kemunculan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menontonnya daripada bilik yang dikhaskan kepada media.

NONE ADUN Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni," katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Apabila DUN mula bersidang jam 10 pagi, kerusi ADUN Pelabuhan Klang itu - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu pada kira-kira jam 10.35 pagi dan mengadakan sidang media di luar.

Dalam sidang media selepas itu, Badrul berkata beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari dari speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

 

 

 

ADS