Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Garis panduan baru bukan untuk kekang media'

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini tampil menjelaskan bahawa garis panduan baru bagi kesalahan hasutan untuk kandungan Internet bukanlah satu langkah untuk mengekang kebebasan media.

Garis panduan yang akan dibentangkan ke kabinet itu juga bukanlah satu langkah untuk menyekat komunikasi di ruang maya itu, katanya lagi.

NONE Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Mohd Nazri (kiri) berkata garis panduan itu hanyalah sekadar menjelaskan Akta Hasutan.

Penjelasan itu adalah dalam bentuk tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengguna media berkenaan, katanya lagi.

Katanya lagi, garis panduan itu juga akan menjelaskan tindakan yang akan dikenakan dan mengapakah pendakwaan mengambil tempoh yang lama.

Tambahnya, penguatkuasaan ke atas akta berkenaan akan dijalankan dengan mengutamakan keselamatan negara, walaupun ianya bercanggah dengan Rang Jaminan MSC Malaysia .

Beliau juga berkata, garis panduan itu antaranya akan merangkumi peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ia juga akan merangkumi peruntukan dalam Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Garis panduan ini akan dijelaskan kepada orang ramai melalui satu roadshow yang akan dijalankan ke seluruh negara.

Mohd Nazri berkata demikian selepas satu mesyuarat di antara kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di parlimen petang ini.

VIDEO | 14.40 mins

[Baca berita penuh]

ADS