Calon pro-M ditemui dalam keadaan lemah

       

Calon Umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang petang kelmarin, telah ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi - beberapa jam selepas kumpulan itu mengadakan sidang media.

Menurut seorang calon umum, Mohd Syahid Mohd Zaini, ketika Masturah ditemui, dia dalam "keadaan lemah dan tidak mampu untuk berbicara panjang".

masturah abu bakar 02 Mohd Syahid berkata Masturah ( kanan ) sendiri yang menghubungi ibunya dengan meminjam telefon bimbit orang yang berada berdekatan masjid berkenaan.

Menurut Mohd Syahid panggilan itu dibuat kira-kira jam 11.19 malam tadi.

Susulan itu, ibu-bapa Masturah dan wakil calon Rohayu Rosli - yang bersama-sama dengan pelajaryang  mengadakan solat hajat - bergegas ke masjid berkenaan untuk mengambil dan membawanya pulang.

"Dia kini berada bersama ibubapanya di Sungai Buloh... Dia sekarang (masih) trauma, tidak mampu untuk bercerita panjang mengenai insiden itu," katanya dalam satu sidang media.

Sementera itu, 18 pusat pengundian termasuk enam fakulti di Universiti Malaya (UM) dijadikan tempat mengundi dalam pilihan raya kampus hari ini.

Bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman, jawatankuasa pemilihan menetapkan pengundian dijalankan di kolej kediaman masing-masing.

P'raya muram dan perlahan

Terdapat 12 kolej kediaman di kampus ini.

Manakala pelajar yang tinggal di luar kampus, diarahkan mengundi di enam pusat pengundian yang tetapkan.

Enam fakulti tersebut adalah fakulti sains, fakulti ekonomi dan pentadbiran, fakulti alam bina, akademi pengajian Melayu, fakulti bahasa dan linguistik dan fakulti perubatan.

masturah abu bakar Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan pelajar yang tinggal di luar kampus mengundi di Dewan Tunku Canselor (DTC).

Ekoran itu, Tinjauan Malaysiakini ketika ini mendapati suasana pengundian kelihatan "muram dan perlahan".

Tinjauan Malaysiakini di fakulti sains, perjalanan pengundian masih lagi lembab pada jam 9.30 pagi ini.

Kelihatan seorang atau dua baru sahaja keluar daripada pusat pengundian tersebut.

Pusat pengundian dibuka jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Malaysiakini
terkini untuk anda