Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam yang bertindak bagi Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini cuba menolak teori bahawa pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mencangkung di ambang tingkap sebelum melompat hingga menyebabkan kematiannya selepas ditahan dan disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lalu.

NONE Sambil memegang kasut milik Teoh, Leong pada Suruhanjaya Diraja pagi ini, menolak kesan calar yang sebelum ini dikatakan sebagai bukti bahawa Teoh mencangkung di ambang tingkap yang dikemukakan oleh ahli patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMCC) Prashant Naresh Sambekar ( kiri ).

Leong yang menyoal-balas Prashant, berkata tidak mungkin bagi Teoh mencangkung di ambang tingkap yang hanya 3mm hingga 5mm lebarnya dan mendapat kesan calar tersebut di tapak kasutnya.

"Awak memberi hipotesis ini bahawa si mati mencangkung di tepi tingkap. Tetapi bagi seseorang untuk menghampir kedudukan itu, beliau perlu memanjat keluar dan memegang sesuatu,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS