Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ada tak mampu, PERKASA sah dirombak
Diterbitkan:  Mar 29, 2011 3:17 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mengesahkan pertubuhan itu akan akan membuat rombakan kepimpinannya di pelbagai peringkat tidak lama lagi.

Menurut Ibrahim, tindakan bagi mengukuhkan organisasi itu akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Dewan Tertinggi PERKASA pada bulan ini juga, yang tinggal lagi beberapa hari.

NONE "(Pada) Masa ini ada yang memegang dua jawatan pusat dan negeri di mana ada yang tidak mampu dan ada yang mempunyai prioriti sendiri," kata Ibrahim ( kanan ).

Kenyataan itu dibuat ketika desas-desus 'tempangnya' sayapnya apabila Ketua Wirawati Raihan Sulaiman Palestine meletakkan jawatan manakala ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah dijangka bakal menyusul petang ini.

Dilaporkan kedua-dua jawatan penting itu merupakan jawatan lantikan.

Ibrahim bagaimanapun setakat ini mendakwa masih tidak tahu menahu tentang ura-ura peletakan jawatan itu dan menegaskan bahawa rombakan yang akan dilakukan sebagai "hal biasa".

namewee photo burnt by perkasa members 2 "Setahu saya tak ada apa (berlaku)," katanya ketika ditanya tentang laporan sebuah portal berita pagi ini bahawa Arman meletakkan jawatan ekoran "konflik dalaman yang tidak selesai".

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas membayangkan penggantian nama baru dalam hirarki PERKASA belum selesai apabila meminta anggotanya yang berminat memikul tanggungjawab menghubungi sekretariatnya.

"Saya mengalukan sesiapa saja ahli PERKASA yangg bersedia memberi komitmen demi perjuangan sebuah bangsa umat Melayu-Islam untuk menyertai kepimpinan PERKASA secara sukarela," katanya.

Manakala teka-teki berhubung status Arman itu akan selesai apabila beliau dijadual mengadakan sidang media tergemparnya sebentar lagi di sebuah restoren di Ampang.

"Akan membuat keputusan penting dalam perjuangan hari ini, Insya-Allah. Moga Allah SWT akan berkati," tulis Arman dalam laman Facebook tengah hari tadi.

ADS