BERITA

PAS yakin tawan 8 lagi kerusi DUN S'gor

S Pathmawathy

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Apr 2011, 8:06 pagi

PAS yakin akan dapat menawan semula beberapa kerusinya di Selangor pada pilihan raya umum akan datang yang dispekulasikan tidak lama lagi.

roslan sms shahir mohd shahir Ketua Penerangan PAS, Selangor, Roslan Shahir berkata parti itu telah melakukan persiapan sejak awal tahun ini.

“Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi,” katanya.

Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras.

Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubar sehingga Mac 2012, sekalipun pilihan raya umum diadakan.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahim Khalid berkata Pakatan Rakyat akan terus menerajui negeri berkenaan kerana mandat yang diberikan rakyat adalah sehingga Mac 2013 dan memerka memerlukan masa bagi melasanakan dasar-dasar yang dirancang.

Roslan berkata PAS menyokong penuh keputusan menteri besar itu kerana fokus pada “pembangunan negeri” menjadi perhatian rakyat.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.