mk-logo
Berita
S'wak Report jadi sasaran serangan hebat siber
Diterbitkan:  Apr 10, 2011 12:33 PM
Dikemaskini: Apr 11, 2011 1:36 AM

Lamanweb anti-Taib Mahmud - Sarawak Report - yang menyiarkan artikel dan pendedahan terhadap ketua menteri Sarawak itu, menjadi sasaran serangan hebat siber semalam.

Malah, usaha Malaysiakini untuk mengakses ke lamanweb tersebut juga tidak berjaya.

NONE "Ya, kami boleh mengesahkan lamanweb kami menjadi mangsa satu

serangan besar," kata pengasasnya, Clare Rewcastle Brown kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Brown berkata serangan tersebut semakin meningkat sepanjang minggu lalu, dan ianya memuncak semalam di UK dan kemudiannya merebak ke seluruh tempat.

Katanya, pakar internet berkata ianya ialah serangan DDos (Distributed Denial of Service) , jenis yang menyerang Wikileaks sebelum ini.

Melalui serangan DDoS, program-program di server atau komputer peribadi akan menghujani berulangkali pada server lamanweb dengan permintaan untuk melayari lamanweb terbabit, sehingga melepasi tahap kemampuan responnya.

Brown membayangkan beliau percaya serangan itu mungkin berasal dari Taib atau BN.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini