Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia.

NONE Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya.

"Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sementara itu, sekumpulan pemimpin PERKASA yang diketuai bekas ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifa turut berkumpul di hadapan pejabat DAP nasional di Pudu, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kumpulan berkenaan mengedarkan naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada individu yang keluar masuk ke bangunan berkenaan.

VIDEO | 6 min

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini