Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum mengejut pada tahun ini.

NONE Justeru, katanya gabungan komponen Pakatan Rakyat perlu bersedia bagi menghadapinya apabila Dewan Rakyat dibubarkan.

"Saya percaya Pilihan Raya Umum akan berlangsung tahun ini. Kami mesti bersedia dan bekerja keras," katanya.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu mengakui bahawa Pakatan berdepan masalah bagi menggerakkan jenteranya seperti di negeri Sarawak.

"Kita tak boleh cakap nak jaga Permatang Pauh atau Ampang saja.

"Suruh dia pergi Ba' Kelalan, tengok trend di situ. Orang baca akhbar tak ada, kemudian media alternatif pun tak baca.

NONE "Cabarannya serius," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di satu majlis wacana berhubung pengangkutan awam di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya petang ini.

Pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu, PKR hanya memenangi tiga daripada 49 kerusi yang ditandinginya manakala PAS tewas di semua lima kerusi. DAP pula menang besar dengan membolot 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Selain sumber kewangan yang terhad, Pakatan mendakwa menghadapi kesukaran menembusi pengund di kawasan pedalaman kerana media masa arus perdana dikawal ketat BN dan maklumat mereka tidak sampai kepada rakyat kecuali di bandar-bandar.

NONE Anwar berkata PKR, DAP dan PAS akan terus bekerja keras dalam memberi pemahaman terhadap Buku Jingga dan dasar Pakatan Rakyat kepada rakyat di seluruh negara.

Desas-desus bahawa pilihan raya umum mengejut akan diadakan tahun ini bertiup kencang apabila beberapa pihak mendakwa iklim politik kini lebih memihak kepada BN.

Di kalangan Pakatan sendiri kerjasama parti komponen dilihat rapuh dan diburukkan lagi dengan masalah dalaman yang melanda mereka, terutamanya PKR.

Contohnya, di Sarawak, PKR dan DAP bertelagah semata-mata untuk menubuhkan kabinet bayangan yang terus menghadapi jalan buntu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02 Selain itu, Anwar bukan sahaja berdepan dengan perbicaraan kes liwatnya yang sedang berlangsung tetapi kini terpalit pula dengan video seks yang didakwa mirip muka ketua pembangkang itu.

Umno juga dikatakan sedang ‘melamar’ PAS supaya berkerjasama dengan BN meskipun pemimpin utamanya telah menolak pelawaan berkenaan.

Mandat kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib yang juga presiden Umno akan berakhir pada April 2013.

Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

ADS