Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

NONE Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

"Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

"Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya," tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

dap pc on crime sharlinie campaign 280108 group Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya  kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

SMS penuh yang diterima berbyunyi seperti berikut:

“YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

“Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi.

“Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab.” 

Dipercayai bermotif politik

Menurut Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai beliau pertama kali menerima ugutan itu pada 5 Mei lalu daripada individu tersebut yang mendesak bahawa "ada sesuatu perkara yang penting" untuk diberitahu kepadanya

anwar speech at mpaj 050511 01 "Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama," katanya.

Katanya, beliau amat bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Beliau menyifatkan "ancaman" tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya.

"Saya percaya kesalahan serius telah dilakukan oleh penghantar SMS ini termasuk ugutan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh dan/atau menyebabkan kematian," katanya dalam laporan polis itu lagi.

Semua peruntukkan tersebut di bawah Kanun Keseksaan.

"Ini bukan kali pertama keluarga saya diancam bermotifkan politik kerana sebelum ini ugutan fitnah video seks dan sabotaj terhadap kereta yang dipakai ayah saya pada 19 April 2011," katanya.

VIDEO | 7.47 min

ADS