Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E akan kekal bebas daripada tahanan pasukan keselamatan itu.

NONE Ini ekoran keputusan TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tharmendran dibebaskan.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran (kanan) dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.

Su membenarkan permohonan habeas corpus Tharmendran dan turut memerintahkan bahawa penahanan TUDM tidak mengikut undang-undang.

Tharmendran kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada 5 September tahun lalu ketika beliau menghadapi perbicaraan kes jet enjin itu, tetapi ditahan oleh provos marsyal TUDM pada 25 November atas dakwaan AWOL (gagal hadir tugas tanpa cuti).

[Baca berita penuh]

ADS