Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Ketua hakim negara dimasukkan ke IJN

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan lanjut setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya pagi ini, kata Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Persekutuan Yasmin Abdul Razak.

    

NONE Katanya laporan beberapa media sebelum ini bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan yang menyebut Zaki dimasukkan ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya.

    

Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki, 66, dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.

    

Zaki, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang keenam pada 18 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad.

    

Bernama juga melaporkan Zaki dimasukkan ke IJN hari ini selepas mengadu sakit dada.

Zaki mengadu mengalami sakit dada ketika dalam perjalanan ke pejabat beliau di Putrajaya pagi ini.

    

Beliau kemudian meminta pengawal peribadinya menghantar beliau ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.

    

Beliau dirujuk ke IJN selepas doktor di Hospital Putrajaya memeriksa beliau.

Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.

    

Keadaan beliau dilaporkan stabil.