Malaysiakini BERITA

17 ahli majlis Sg Petani mogok

Susan Loone  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

gmma committee pc 250608 simon ooi tze min Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi ( kanan ), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.

"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

sungai petani city council logo "Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali."

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.

[Baca berita penuh]