PAS: M'sia negara diktator bukan negara kebajikan

   

Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta  kroni, kata timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu

mat sabu Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal.

“Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” kata Mohamad ( atas, kiri ) ketika diwawancara oleh TV Selangor .

Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka.

Semua negara di dunia adalah negara kebajikan?

“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek.

NONE “Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan,” kata Mohamad.

Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.

Menurut Mohamad Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

NONE “Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang.

“Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Mustahil PAS bersama Umno

Dalam wawancara itu, Mohamad juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno BN selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.  

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flags Katanya, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi.

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.

umno pas 180708 Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" kata Ahmad  yang dipetik dari Mstar Online .

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977.

Malaysiakini
terkini untuk anda