Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perlantikan Adly Zahari sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka yang baru dilihat mampu memberikan suntikan semangat kepada jentera PAS Melaka menjelang pilihan raya umum ke-13 ini.

NONE Pemilihan beliau diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahad lalu, bagi menggantikan penyandang jawatan itu sebelum ini, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Antara yang menyatakan pandangan, Ketua Penerangan PAS Bukit Katil, Yusof Wahab.

Menurut Yusof, Adly ( kanan ), 40, dilihat mampu mentadbir dan mengepalai jentera PAS bagi menggalas cabaran dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, dengan tenaga, ilmu dan pengalaman serta kenalan yang ramai, Adly tidak akan menghadapi banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

"PAS Bukit Katil memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Adly berupaya memimpin Pas negeri dengan baik.

"Dengan pengalaman dan karisma yang ada pada beliau, saya yakin Pas Melaka akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Melaka," katanya.

pas protest surau land taken to made road in melaka Berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Adly merupakan seorang bekas jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Sebelum ini, beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Melaka dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Beliau kini turut merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

 

ADS