Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Haram pakai baju BERSIH, boleh ditangkap

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

NONE Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONE Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Hishammuddin, juga agak keberatan bagi menjawap soalan berhubung perhimpunan 9 Julai ini apabila ditanya mengenai tangkapan ke atas aktiviti bagi membantutkan perhimpunan BERSIH.

NONE "Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku. Seperti saya katakan, orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara... apabila membabitkan penguatkuasaan. Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

Ditanya sama ada tangkapan itu bermotifkan politik, Hishamududdin berkata: "Di pihak mereka atau di pihak kami?

"Saya boleh kemukakan soalan sama kepada mereka (parti pembangkang dan aktivis)," katanya sambil tergelak.

Perhimpunan BERSIH 2.0 membabitkan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum lapan perkara berhubung pembaharuan pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

bersih rally 271207 01 Antaranya menuntut penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam dan memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari.

Selain BERSIH 2.0, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatkan hasrat mereka untuk berhimpun secara berasingan pada 9 Julai ini.

Tidak ada kumpulan yang telah diberikan sebarang permit polis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS