Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah beri Taib, Malaysiakini lebih masa
Diterbitkan:  Jul 1, 2011 5:27 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Malaysiakini sehingga 9 September untuk mengusahakan penyelesaian terhadap saman fitnah yang difailkan oleh ketua menteri Sarawak itu, terhadap portal berita berkenaan.

Pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop menetapkan 14 November 2011 untuk memberi arahan lanjut mengenai kes tersebut sekiranya penyelesaian tidak dicapai antara kedua belah pihak dalam masa dua bulan.

Beliau juga menetapkan 3 Januari tahun depan untuk pertukaran kenyataan saksi dan kes itu akan didengar antara 9 dan 13 Januari sekiranya perbicaraan perlu teruskan.

Saman, yang difailkan pada 2007, adalah berhubung laporan mengenai pihak berkuasa Jepun menangkap anggota kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

Anggota kartel tersebut didakwa membayar Regent Star - sebuah syarikat kertas Hong Kong yang dilaporkan ada kaitan dengan Taib dan keluarganya -  sogokan sebanyak RM32 juta.

Isu tersebut juga turut dilaporkan oleh pelbagai pertubuhan berita di Jepun dan di tempat lain. Malaysiakini membuat susulan dalam laporan khas mengenai perkara itu, 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

[Baca berita penuh]

ADS