mk-logo
Berita
Rais tak tahu ada arahan SKMM momok BERSIH
Diterbitkan:  Jul 1, 2011 9:38 AM
Dikemaskini: 9:45 AM

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak menyedari terdapat arahan yang dikeluarkan oleh agensinya berhubung penyekatan penyiaran liputan berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONE Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim mendakwa tidak mengetahui apa-apa berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada stesen televisyen dan radio swasta supaya melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

“Setahu saya, tiada,” katanya ketika ditanya sama ada SKMM ada mengeluarkan arahan seumpama itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Angkasapuri hari ini.

Hari ini, Malaysiakini memetik beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan berkata semua stesen televisyen dan radio diarah menghantar laporan harian mengenai liputan 9 Julai mereka.

azlan Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan itu.

Stesen televisyen dan radio juga diarah supaya tidak merujuk perhimpunan BERSIH sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS