mk-logo
Berita
PERKASA pertikai BERSIH mengadap Agong
Diterbitkan:  Jul 5, 2011 8:15 AM
Dikemaskini: 9:17 AM

Datuk S Ambiga tidak harus dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan yang hendak dianjurkannya memandangkan pertubuhan yang diketuainya adalah tidak sah, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

NONE Presidennya Datuk Ibrahim Ali memberitahu Bernama hari ini bahawa Ambiga sepatutnya patuh kepada titah Seri Paduka Baginda supaya membatalkan perhimpunan yang dicadangkan itu tanpa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya tujuan Ambiga mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kononnya bagi mendapat titah supaya beliau membatalkan perhimpunan haram itu semata-mata untuk mengabui mata rakyat kerana selepas itu, kumpulan berkenaan akan mendakwa ia berjaya dalam "perjuangannya".

NONE "Kenapa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong? Kumpulan ini tidak sah. Juga (jika dibenarkan menghadap) ia akan menjadi ikutan kurang baik serta mempersendakan institusi diraja," kata Ibrahim.

Dalam satu titah khas pada Ahad lalu, Tuanku Mizan meminta semua pihak membatalkan hasrat masing-masing menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.  

PERKASA dan satu lagi kumpulan dikenali PATRIOT, yang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang perhimpunan oleh kumpulan diketuai Ambiga itu, mengumumkan keputusan masing-masing untuk patuh kepada titah Seri Paduka Baginda.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS