Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TUDM: Jet pejuang S'pura hanya berlatih di Batu Putih
Diterbitkan:  Jul 7, 2011 2:56 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

Siasatan awal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung insiden pelanggaran ruang udara Malaysia oleh pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mendapati ia hanya  berlaku di Pulau Batu Putih, kata Panglimanya Jen Tan Sri Rodzali Daud.

    

"Apa yang berlaku bersangkut paut dengan keputusan dengan penghakiman mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dahulu.

    

pulau batu putih pulau batu puteh 230508 "Di peringkat kita, jawatankuasa teknikal masih  berbincang dan belum ada keputusan akhir kecuali terus membantah insiden tersebut,"

katanya ketika ditemui bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean di ibunegara hari ini.

    

Teo, yang juga memegang portfolio Menteri Penyelarasan untuk Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari lepas.

Pada 23 Mei 2008, penghakiman mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague memutuskan bahawa republik Singapura memiliki

kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, yang menjadi isu utama dalam pertikaiannya dengan Malaysia.

Rodzali berkata insiden tersebut bagaimanapun tidak menganggu keselamatan negara dan negara jiran itu hanya menjalankan sesi latihan sahaja.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai insiden tersebut,  Ahmad Zahid berkata perkara ini telah dikendalikan oleh Kementerian Luar dan bantahan telah dikemukakan.

    

Minggu lepas dalam jawapan bertulisnya kepada Khairy  Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) di Dewan Rakyat, Ahmad Zahid berkata

sejumlah 2,508 pencerobohan ruang udara oleh pesawat tentera udara Singapura  di ruang udara Malaysia dikesan sejak 2008, dan Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan udara itu.

    

Mengulas mengenai perhimpunan haram, Ahmad Zahid  yang juga Naib Presiden Umno berkata, pihak penganjur seharusnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan percaya polis lebih arif dalam mengendalikan  isu ini.

- Bernama

ADS