Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

NONE Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh ( kanan, tengah ) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

NONE Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan berhimpun

Perintah berkenaan turut menyenaraikan kawasan komersial Kuala Lumpur yang dikenalpasti polis sebagai kawasan berhimpun bagi kumpulan berkenaan.

NONE Kawasan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana negara, kata Amar Singh lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur petang ini.

Ketika ditanya, Amar Singh berkata perintah yang diperolehi semalam daripada Majistret Kuala Lumpur itu merupakan satu langkah pencegahan bagi menghalang pemimpin berkenaan daripada hadir ke kawasan tersebut.

"(Jika berhimpun) di tempat lain tak jadi salah, hanya di tempat ini saja," katanya lagi yang menjelaskan individu berkenaan masih perlu memohon permit sekiranya ingin berhimpun di tempat lain.

Senarai penuh 91 individu

PERKASA

Ibrahim Ali

Rahman bin Abu Bakar

Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Megat Firdouz Megat Junid

Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz

BERSIH 2.0

Ambiga Sreenevasan

Mohamad Sabu

Hishamuddin Md Rais

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman Mohamad

Dr Mohd Hatta Md Ramli

Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Ibrahim Syed Noh

Teresa Kok

Badrul Hisha Shaharin

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Arutchelvam Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam Mohd Ibrahim

Khalid Yunus

Zulkifli Noordin

Dr Zubir Harun

Abd Hadi Awang

Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nurul Izzah Anwar

Kohila Yanasekaran

Zaid Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Mahfuz Omar

Nasarudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari Amamt

Wan Hassan Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

Muhammad Hilman Idham

Mohd Shukri Che Ab Razab

Mohd Syukri Kamaruddin

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izham Nurul Anuar

Abd Rahim Osman

Mohd Sibri Ismail

Mohd Lukam Muda

Prof Kamaruddin Kachar

Mohd Noor Nordin Abdullah