Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rosni Malan, balu kepada allahyarham Baharuddin Ahmad yang mati ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya  laporan bedah siasat suaminya didedahkan.

NONE Keluarga mangsa juga memohon kepada mahkamah bagi mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.

Rosni, 55 tahun menjelaskan, permohonan itu terpaksa dilakukan kerana pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara.

"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni kepada wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Peguam keluarga itu, Ahmad Jufliz Faiza berkata laporan bedah siasat lazimnya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap namun keluarga mangsa telah memohon bagi mendapatkannya pada 12 Julai, tetapi sehingga sekarang masih belum menerimanya.

NONE "Kita percaya Baharuddin mati di kawasan yang dikawal oleh polis (pada hari tersebut). Laporan bedah siasat adalah antara bukti (dalam kes Baharuddin).”

Katanya laporan dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca sebenar kematian allahyarham masih belum diperolehi tetapi telah beberapa kali diminta.

Rosni ( kanan ) ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.

Penyakit kronik

"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saya bolehlah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.

NONE Polis sebelum ini mendakwa, Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.

Rosni dan keluarganya bagaimanapun menafikan allahyarham menghidap sebarang penyakit kronik.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada sidang medianya pada 22 Julai lalu menafikan taktik ganas digunakan ke Badaruddin, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONE Sebaliknya menurut pegawai kanan polis itu, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Salleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya ketika taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman.

[Baca berita penuh]

ADS