Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Pengusiran peguam cetus minat kes Scorpene di Perancis

Aidila Razak

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Keputusan kerajaan mengusir peguam Perancis, William Bourdon bulan lepas terbukti satu kesilapan kerana ia sebaliknya telah mencetuskan minat yang lebih besar di kalangan orang awam Perancis terhadap kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia.

NONE Bercakap kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini, pengarah NGO hak

asasi manusia - Suaram - Cynthia Gabriel (kiri) berkata, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia.

"Apabila beliau turun dari kapal terbang ... di Paris selepas dihantar pulang, dia dinanti oleh ramai petugas media.

"Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai," katanya.

Menurutnya, Bourdon "terkenal" kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia.

Ia juga menimbulkan 'kemarahan" di kalangan rakyat Malaysia yang kemudiannya bermurah hati untuk menyumbang kepada tabung guaman Suaram berhubung kes pembelian kapal selam dari syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, yang sedang didengar di mahkamah Perancis.

NONE Hasilnya, Suaram memperolehi kira-kira RM250,000 di tiga acara mengumpul dana tersebut bulan lalu - jauh melepasi sasaran 'sederhana' RM100,000 sebagai dana permulaan.

Bagaimanapun, jumlah tersebut hanya mencukupi untuk membiayai peringkat awal pendengaran kes itu.

Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sambutan terhadap jualan tiket, sumbangan, derma dan janji-janji untuk membuat sumbangan.

"Malah, ketika kita bercakap ini pun, sumbangan diterima (tetapi) peguam kami memaklumkan bahawa kos terjemahan sahaja ialah €20,000 manakala kos memfailkan kes belum ditentukan lagi," katanya.

[Baca berita penuh]