Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waran tangkap ke atas 12 'buka puasa di gereja'
Diterbitkan:  Aug 10, 2011 9:48 AM
Dikemaskini: 1:58 AM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengeluarkan waran tangkap ke atas 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di sebuah gereja di Petaling Jaya, 3 Ogos lalu kerana gagal membantu siasatan badan itu.

Menurut akhbar Berita Harian , JAIS sudah menyerahkan surat dan menelefon mereka untuk memberi kerjasama tetapi tidak seorangpun yang hadir.

azlan Sehubungan itu, penolong pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, dipetik berkata pihaknya akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka dalam tempoh terdekat ini.

“JAIS akan memohon waran tangkap dalam tempoh 24 jam daripada Mahkamah Syariah selepas surat dikeluarkan hari ini (semalam). Sepatutnya mereka hadir membantu siasatan, tetapi seorang pun tiada.

“Kita tetap beri masa kepada mereka dan mereka boleh hubungi JAIS pada bila-bila masa untuk hadir, tetapi tidak berbuat demikian,” katanya kepada Berita Harian.

Sharom berkata, pihaknya difahamkan semua mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing untuk tidak hadir membantu siasatan JAIS berhubung perkara terbabit.

NONE Pada Rabu lalu, JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di di Petaling Jaya tanpa sebarang waran selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis 'berbuka puasa' di gereja berkenaan.

Meskipun dibidas pelbagai pihak, termasuk NGO Kristian dan beberapa parti politik, exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali, mendakwa tindakan itu adalah kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Antara bukti itu berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin melalui satu SMS yang dihantar kepada pemberita meminta semua pihak bertenang mengenai isu terbabit.

“JAIS meminta semua pihak bertenang berhubung dengan pemeriksaan ke atas DUMC sehingga kertas siasatan selesai. Buat masa ini pihak JAIS masih dalam siasatan berhubung kes itu,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS