BERITA

Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal

Nigel Aw

Diterbitkan
Dikemaskini 18 Ogs 2011, 10:29 pagi

Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.

NONE "Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal.

Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.

Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.