TV3: Laporan ganguan seksual tidak tepat

   

Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dalam satu kenyataan media hari ini berkata laporan ‘Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual’ yang disiarkan pada 24 Ogos lalu sebagai tidak  tepat.

“Merujuk kepada tajuk berita berikut: “Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual’ di laman portal Malaysiakini pada 24 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat.

“Hasil siasatan mendapati ia tidak tepat, malah tiada aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

“Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar laporan berkenaan,” petik kenyataan yang difakskan hari ini.

Pada Rabu lalu, memetik sumber, TV Selangor melaporkan empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu.

Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

 

Malaysiakini
terkini untuk anda