mk-logo
Berita
PAS sasar 60 kerusi parlimen pada PRU-13
Diterbitkan:  Sep 1, 2011 2:19 PM
Dikemaskini: Sep 2, 2011 2:03 AM

PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini

pas muktamar 130610 abdul hadi awang Harakahdaily memetik beliau berkata, sasaran parti itu adalah untuk merampas sekurang-kurangnya 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu, sempena majlis perjumpaan Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi parlimen," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS berjaya menjadi menteri besar di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak tumbang apabila tiga ADUN Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

AZLAN Bagaimanapun di peringkat parlimen, kedudukan PAS sebagai parti terbesar pakatan pembangkang sebelum pilihan raya Mac 2008, berakhir dengan kedudukan tercorot. PKR memboloti kerusi terbanyak iaitu 31 berbanding DAP - 28 dan PAS hanya 23 kerusi.

Namun pengaruh PAS dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh apabila PKR hilang tujuh kerusi apabila ahli parlimen berpaling tadah serta gagal mempertahankan Hulu Selangor pada pilihan raya kecil manakala PAS berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu daripada gengaman BN.

Justeru, pada pilihan raya umum akan datang PAS dan Umno akan berentap untuk mendapatkan sokongan dan undi dari penduduk Melayu dan Islam.

Bagi Abdul Hadi, PAS perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

NONE "Kalau  nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan... saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar... pujuk mereka... perkenalkan Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi yang dipetik Harakahdaily .

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini