Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Guan Eng tidak akan mohon maaf pada Umno

Susan Loone

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf terhadap dakwaan 'memfitnah' Umno dengan menuduh parti itu terbabit dalam percubaan membakar ibupejabat DAP negeri itu bulan lalu.

NONE Ketua perhubungan Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa Lim juga bertanggungjawab kerana menuduh parti itu menganjurkan protes 'ganas' di sekitar Komtar dan jambatan Pulau Pinang Julai lalu.

Hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP, menerima surat tuntutan dari peguam Umno, memintanya supaya memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

Lim berkata beliau sedia berdepan dengan Umno di mahkamah berhubung perkara itu, dan berkata adalah tidak masuk akal untuk memohon maaf kepada "parti yang berbohong".

NONE Malah, dakwanya, Umno adalah parti yang bertanggungjawab terhadap 'fitnah dan pembohongan' yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, dan ia sepatutnya memohon maaf atau jika tidak, akan menyaman balik, jika perlu.

Lim berkata, beliau "akan melawan Umno habis-habisan" dan menunggu untuk bertemu pemimpin parti itu di mahkamah tidak lama lagi, agar fakta berhubung dakwaan mereka dapat didedahkan.

"Saya harap Umno tidak jadi pengecut dan tunggu kita di mahkamah. Bukannya kita mahu melawan atau kita berani, tetapi kerana kita mahukan kebenaran," katanya.

VIDEO | 4.55 min

[Baca berita penuh]