Malaysiakini BERITA

Mansor: 'Undi PKR kuatkan Melayu di P Pinang'

Susan Loone  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Umno, satu-satunya parti komponen BN yang mempunyai 11 kerusi DUN di Pulau Pinang, sering mengadu bahawa kerajaan negeri 'pimpinan DAP' kurang perwakilan Melayu.

NONE Dengan hanya dua exco Melayu - kedua-duanya dari PKR - Umno mengkiaskan seolah-olah Pulau Pinang sebenarnya diwakili DAP yang didominasi pemimpin Cina - dan bukannya kerajaan Pakatan Rakyat.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, (kanan) bagaimanapun, menyerahkan kepada masyarakat Melayu untuk memperbetulkan keadaan demi kepentingan mereka sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan pada 2013.

Katanya, jika orang Melayu mahu lebih ramai perwakilan dalam pentadbiran negeri itu, maka mereka hendaklah mengundi PKR, dan bukan Umno dalam pilihan raya umum yang diramalkan seawal bulan November.

NONE Dalam erti kata lain, PKR perlu bertanding dan menawan kerusi Umno, dan bukannya menyerahkan kerusinya kepada DAP untuk meletakkan calon-calon Melayu, seperti yang disyorkan oleh seorang pemimpin DAP negeri itu baru-baru ini.

"Jika mereka tidak menyokong kami dalam PKR, maka tidak akan ada perwakilan Melayu yang berkesan," kata Mansor yang juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang I kepada Malaysiakini dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Hakikatnya ialah kita mesti bertanding lebih banyak kerusi, terutama di kawasan Umno, dan bukan sebaliknya," kata beliau yang juga ADUN Penanti.

[Baca berita penuh]