Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harussani antara penceramah Himpunan Sejuta Umat

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga ulama berpengaruh yang mencadangkan undang-undang anti-murtad digubal adalah antara penceramah utama pada Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pengerusi bersama acara itu, Yusri Mohamad berkata, selain Harussani, beliau dan pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid, yang juga pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia, akan menyampaikan ucapan.

NONE "Harussani adalah seorang daripada penceramah yang dijadual menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu. Kami berharap dapat menarik lebih 100,000 orang dari seluruh negara untuk datang ke stadium Shah Alam," kata Yusri.

"Selain wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sarjana agama Indonesia Yusuf Mansur juga akan menyampaikan ceramah. Bagaimanapun, senator Ezam Mohd Nor dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin bukan antara penceramah yang disenaraikan walaupun kami telah menjemput semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil bahagian," katanya kepada Malaysiakini .

Harussani adalah orang yang mencadangkan pembentukan undang-undang anti-murtad untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab menyebabkan umat Islam yang meninggalkan agama mereka. Katanya, penggubalan undang-undang itu adalah penting kerana gejala murtad ibarat virus yang menyerang umat Islam ketika ini.

Idea mufti Perak itu disokong oleh pelbagai pihak termasuk mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Himpunan Sejuta Umat itu selama empat jam itu dijadualkan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan “menyelamatkan akidah umat”.

NONE Lebih daripada 29 NGO telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu. Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, dan Persatuan Ulama Malaysia.

Yusri berkata perhimpunan tersebut untuk mendapatkan sokongan semua umat Islam terhadap mereka yang cuba memurtadkan mereka.

"Itu sebabnya kita juga menjemput Pemuda PAS, Pemuda Umno dan Wanita Umno untuk menyertai bersama. Kita juga mengalu-alukan umat Islam daripada semua lapisan hidup untuk hadir, "katanya.

[Baca berita penuh]

ADS