Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN persoal kenyataan MB S'gor mengenai elaun ADUN
Diterbitkan:  Oct 18, 2011 6:46 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

BN Selangor mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kenaikan elaun ADUN itu yang diluluskan Mac lalu bukan untuk semua wakil rakyat negeri itu.

NONE "Rang undang-undang berkaitan yang diluluskan adalah sebenarnya kenaikan elaun Adun secara tetap dan pada realitinya diberikan kepada semua ADUN sama ada beliau berprestasi tinggi atau sebaliknya. Bila rang undang-undang sudah diluluskan, isu itu tidak timbul," kata ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Satim Diman.

Rang undang-undang bagi meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan 1980) yang diluluskan pada 31 Mac lalu itu adalah untuk memberi kenaikan elaunan bulanan kepada setiap 56 ADUN  Selangor daripada RM4,11.79 kepada RM6,000 berkuatkuasa pada 1 Jan lalu, katanya bagi mengulas kenyataan Abdul Khalid pada Sabtu lalu bahawa elaun tambahan kerja akan diberi kepada ADUN Selangor yang memberi sumbangan kepada rakyat dan negeri.

Abdul Khalid dilaporkan berkata penambahan elaun ADUN seperti yang diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor lalu bukan melibatkan kenaikan bagi semua Adun di Selangor, dan elaun tambahan kerja itu merupakan satu insentif yang diberikan kepada ADUN  berasaskan kerja yang mereka lakukan seperti kerap melawat kawasan masing-masing.

Satim meminta Abdul Khalid menyenaraikan nama ADUN, baik daripada Pakatan Rakyat mahupun daripada BN, yang dianggap menunjukkan prestasi tinggi atau sebaliknya.

- Bernama

ADS