Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Usul bahas penggantungan Aziz Bari ditolak
Diterbitkan:  Oct 24, 2011 3:56 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Usul untuk membahaskan penggantungan kontroversi pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah universiti ditolak speaker Dewan Rakyat hari ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) yang memfailkannya minggu lepas berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolaknya kerana bukan perkara yang perlu disegerakan.

NONE Sebagai ahli akademik yang dihormati, komentar yang dibuat berdasarkan pengetahuan tentang perlembagaan, kata Salahuddin dalam sidang media di lobi parlimen.

Salahuddin pada 21 Oktober lalu mencadangkan usul menangguhkan mesyuarat bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi membincangkan penggantungan Aziz kerana ia melibatkan kepentingan awam dan perlu disegerakan.

Katanya, dewan seharusnya memandang serius bagaimana ahli akademik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa "ditekan, dimalukan dan dihukum" kerana memberikan pandangan dalam subjek kajiannya.

Dalam notis itu, Salahuddin berkata, tindakan yang boleh mencemarkan reputasi Universiti Islam Antarabangsa menampakkan seolah-olah institut pengajian tinggi itu menuruti tekanan politik.

Salahuddin berkata, UIA dan kerajaan tidak mempedulikan jaminan kebebasan akademik yang terkandung dalam dokumen mengenai pendidikan tinggi yang dikeluarkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

[Baca berita penuh]

ADS