Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sering dipolitikan punca perkhidmatan awam pincang'
Diterbitkan:  Oct 27, 2011 4:24 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Badan pemantau anti-rasuah, Transparency International Malaysia hari ini berkata, perkhidmatan awam di negara ini yang ‘sering-kali dipolitikkan’ adalah punca berulang-kali kes-kes kepincangan pengurusan yang ditonjolkan dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya, Paul Low berkata dalam suasana pentadbiran awam yang sering-kali dipolitikkan itu, pendapat penjawat awam lazimnya diabaikan dan digantikan dengan  kepentingan politik yang tidak wajar.

Kata beliau, dalam situasi di Malaysia, rasuah dilakukan dalam bentuk menetapkan harga sesuatu barangan pada tahap yang sebegitu tinggi seperti yang dinyatakan laporan audit itu. Ini berlaku kerana sistem pemantauan dan pemeriksaan yang tidak cekap.

"Mereka yang melakukan tindakan berkenaan yakin bahawa mereka mempunyai kekebalan daripada siasatan dan pendakwaan.

“Ditambah lagi dengan kekurangan reformasi pentadbiran untuk memperkukuhkan akauntabiliti dan kejelasan undang-undang dan peraturan-peraturan, mereka dengan mudah mampu mengekstrak wang negara tanpa rasa takut daripada dihukum," katanya.

Menurut Low lagi, kewujudan undang-undang yang menyumbang kepada kelegapan membuat keputusan, seperti Akta Rahsia Rasmi juga melemahkan akauntabiliti awam.

[Baca berita penuh]

ADS