Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AUKU: Kabinet serah keputusan rayuan pada AG
Diterbitkan:  Nov 4, 2011 3:31 PM
Dikemaskini: Nov 5, 2011 2:03 AM

Kabinet belum membuat sebarang keputusan lagi sama ada akan merayu terhadap keputusan mahkamah berhubung Akta Universiti dan Universiti Akta Kolej (AUKU).

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara sama ada akan merayu terhadap penghakiman mahkamah baru-baru ini bahawa Seksyen 15 AUKU adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

khaled nordin Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah memberi taklimat kepada kabinet mengenai perkara itu hari ini dan ia memutuskan untuk menunggu nasihat AG untuk tindakan lanjutnya, lapor The Star.

Sebelum ini,  lamanweb sebuah akhbar bahasa Cina, yang memetik sumber-sumber kabinet hari ini, melaporkan Kabinet telah membenarkan KPT membuat rayuan terhadap penghakiman tersebut.

Laporan itu memetik sumber-sumber itu berkata keputusan itu dibuat kerana keputusan Mahkamah Rayuan itu dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".

Lamanweb itu melaporkan jika penghakiman itu dijadikan duluan (precedent), maka ia akan memberi kesan kepada kes-kes pada masa akan datang dan oleh itu kabinet berpendapat perlu untuk membuat rayuan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitternya menulis bahawa China Press melaporkan kabinet memutuskan untuk merayu keputusan tersebut berkaitan dengan UKM4.

Menurutnya, beliau juga mendengar perkara yang sama dari sumber-sumber.

Sementara itu, dalam reaksinya, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, berkata ia adalah hak kerajaan untuk merayu.

Pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).

Mereka ditahan polis sewaktu pilihan raya kecil Hulu Selangor April tahun lepas dan kemudiannya menghadapi prosiding tatatertib oleh UKM pada 4 Julai tahun ini.

Walaupun didapati tidak bersalah oleh lembaga universiti, tetapi mereka telah memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15 (5) (a) adalah tidak sah.

Baca berita penuh]

ADS