Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua menolak dakwaan yang membidas kenyataannya yang mencadangkan Pakatan Rakyat mengecilkan kakitangan perkhidmatan awam jika mereka berkuasa bagi mengurangkan kos perbelanjaan negara dan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah memperkenalkan langkah-langkah yang sama.

NONE "Perdana Menteri sendiri mengumumkan dasar (ketika pembentangan bajet) bagi membolehkan kakitangan awam bersara awal secara sukarela dan sistem bagi memecat kakitangan awam yang telah melanggar protokol tatatertib, adalah ini bermaknan perdana menteri juga anti-Melayu?" soalnya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur malam tadi.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sejak minggu lalu melancarakan siri laporan yang membidas Pua dan memilih menjadikan kenyataan itu sebagai isu perkauman.

Terdahulu pada forum berkenaan, Pua berkata beliau dibidas hebat berhubung kenyataannya yang mahu membantu negara berbelanja secara berhemah itu. Kritikan juga dibuat oleh ahli parlimen Johor Bharu Datuk Sharir Samad dan timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Saya langsung tidak menyebut perkataan Melayu atau Bumiputera dalam keseluruhan ucapan saya tetapi apabila ini disiarkan oleh Utusan Malaysia , orang yang rasional seperti Sharir Samad juga berkata DAP adalah bersifat rasis kerana ingin mengurangkan jumlah kakitangan awam.

NONE "Apabila Najib kata (langkah-langkah untuk mengurangkan perkhidmatan awam), semuanya baik, tetapi apabila Tony Pua kata, maka beliau adalah bersifat perkauman," katanya sinis.

Dalam nada yang serius, Pua berkata kontroversi itu timbul selepas beliau menjawap soalan seorang hadirin di sebuah forum di Johor Baharu mengenai cara Pakatan menyelesaikan kos perkhidmatan awam yang naik secara mendadak.

Katanya, kos gaji kakitangan awam dan juga pencen telah meningkat tiga kali ganda iaitu pada RM20 bilion pada tahun 2000 kepada jangkaan RM61.4 bilion bagi tahun 2012.

najib and malay workers "Ia mungkin antara cabaran terbesar yang harus diselesaikan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya. Kita tidak boleh memecat semua penjawat awam tetapi kita perlu mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula dan mengurangkannya dari masa ke masa."

Malaysia, katanya mempunyai lebih 1.2 juta kakitangan awam dan ratio negara ini adalah 4.6 peratus  berbanding hanya 2 peratus bagi negara-negara di rantau ini. Malangnya, BN mempolitikkan masalah berkenaan apabila pembangkang menimbulkan perkara itu.

[Baca berita penuh]