Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Pakatan dakwa ujian kesan E Coli dalam susu 1M'sia

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli.

Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.

NONE Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.

"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Semalam. Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M.

[Baca berita penuh]

ADS