Malaysiakini BERITA

Anwar: Siasatan video seks untuk aibkan saya

Nigel Aw  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik mereka sekali lagi cuba "mengaibkan" dirinya.

NONE Bercakap kepada wartawan selepas memberi kenyataan di balai polis Kepong petang semalam, Anwar berkata siasatan itu berikutan laporan polis yang dibuatnya 22 Mac lalu terhadap trio 'Datuk T' yang telah menayangkan sebuah pita lucah yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang miripnya.

"Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata 'jika Anwar dan (presiden PKR Dr) Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka (Datuk T) akan mendedahkan segala-galanya'.

"Tetapi (di sebalik menyiasat ugutan itu, pihak polis menjalankan) siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi.

“Jadi polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta  (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.

Beliau tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang semalam  dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

datuk t charged in court front Menurut Anwar lagi, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Ini cara kotor dan jahat Umno nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah (rasuah) dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini (untuk mengalih perhatian rakyat).

"Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam (Moorthy) terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan," katanya.

Pada laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Mac lalu, Anwar juga menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

[Baca berita penuh]