Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amnesty: Tangkapan ISA lawak bagi 'reformasi' Najib
Diterbitkan:  Nov 18, 2011 12:53 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Amnesty International hari ini berkata penahanan 13 orang di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menjadikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

amnesty international "Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi," kata Sam Zarifi, pengarah Amnesty International, Asia.

"Janji untuk menghapuskan tahanan ISA tidak mencukupi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti membuktikan beliau mahu menamatkan amalan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika polis Malaysia mempunyai bukti untuk mengesyaki 13 tahanan itu melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka ataupun lepaskan sahaja mereka.

"Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terang-terangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang-undang."

NONE Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ( kiri ) berkata, tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah ditahan mengikut ISA kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.

Najib semasa perutusan Hari Malaysia pada 16 September lalu mengumumkan pentadbirannya akan melakukan "reformasi" ke atas beberapa undang-undang yang berbentuk menindas,  termasuk ISA.

Bagaimanapun pengkritiknya ragu-ragu dengan keikhlasan pengumuman itu dan berkata ia adalah semata-mata helah untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS