Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan formula mudah untuk PKR menawan hati pengundi Johor – tunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri berkenaan dengan lebih baik tanpa rasuah.

Katanya, PKR tidak akan dapat meraih simpati pengundi Johor dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno.

pkr congress 2011 261111 stage "Kita kata dia juga penyamun penyangak itu tidak akan selesai. Kita mesti tunjukkan dalam dasar Selangor berapa peratus rakyat melayu yang mendapat (keuntungan)," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini.

Katanya lagi, rakyat juga perlu diberitahu bahawa pentadbiran yang baik masih boleh dicapai tanpa Umno.

"PKR dan Pakatan Rakyat akan menjalankan tugas itu dengan lebih baik. Saya berasaskan kepada dua prinsip – pertama kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita punya 'delivery' (penyampaian) untuk tunjukkan hasil.

"Selepas penyampaian, kita mesti buktikan kepada mereka kita boleh dipercayai. 'Anda boleh percaya kepada kita sebab kita boleh laksanakan.

"Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara," tambahnya.

Katanya lagi, prestasi berkenaan boleh dilihat melalui belanjawan lebihan yang berjaya dirangka Pakatan Selangor, termasuk lebihan yang direkodkan oleh Menteri Besar Incorporated sebanyak RM600 juta.

"Malah saya sanggup peruntuk RM15 juta untuk nyatakan kepada Umno kalau ada kita lakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, ini duitnya untuk kita bagi hadiah cari kesalahan tersebut.

""Umno takut dengan perkara ini yang tunjukkan reformasi kita. Jadi percayalah kita boleh pergi ke Johor dan kita boleh beritahu orang Johor, reformasi akan diteruskan di Johor.

"Reformasi akan lebih mantap di Johor dan kalau Johor airnya pun tak reti kira, Selangor akan tolong kira," katanya yang merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri Johor untuk menswastakan harga air negeri itu.

Katanya, langkah berkenaan menyebabkan tarif air negeri Johor menjadi yang termahal di Malaysia sedangkan Selangor mampu memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya.

"Kalau pasukan kita diberi mandat di Johor, dalam masa dua tahun, Johor akan lebih baik daripada negeri lain di semenanjung," katanya lagi.

ADS