Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO, parti Islam bidas Umno kerana gagal kawal MCA
Diterbitkan:  Dec 5, 2011 4:56 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Pelbagai pihak tampil membidas apa yang dianggap mereka sebagai keceluparan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwa memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.

NONE Turut menjadi sasaran bidasan mereka yang berang itu adalah rakan parti komponen BN - Umno kerana didakwa tidak mengawal tingkah laku biadap rakannya itu.

“PERKASA minta Umno ajar sikit mulut celupar presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal menyatakan Hudud akan jatuhkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini.

“Bagi PERKASA, Dr Chua masih kabur tentang Hudud. Sepatutnya dia minta nasihat Umno jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod PERKASA menyokong Hudud. Itu hukum Allah,” kata setiausaha kumpulan pendesak Melayu itu, Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataan medianya.

Menurut beliau, pemimpin Umno perlu menasihatkan presiden MCA itu supaya menarik semula kenyataannya yang salah terhadap hukumHudud.

“PERKASA tidak meminta Dr Chua memohon maaf kerana sedar beliau tidak faham tetapi perlu untuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya sambil menambah jika tidak PERKASA akan mengajar MCA dengan secukupnya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Berniat jahat

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yberpendapat kenyataan Chua yang dianggap biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam.

NONE Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam satu kenyataan media berkata kenyataan Chua berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

“ABIM merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.  

“Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), ABIM menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini,” kata Mohamad Raimi.

Umno bersekongkol

Sementara itu, Harakahdaily pula melaporkan ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

NONE "PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.

"Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu Umno terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim dipetik akhbar rasmi PAS itu.

Katanya, sikap membisu Umno untuk menegur kebiadapan Chua membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga persuruhjaya PAS Pahang, parti itu telah berusaha membentangkan enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan tetapi ia bukan sahaja tidak disokong tetapi diperlekehkan dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan hudud sebenar.

azlan "PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, Umno seharusnya membentang hudud yang sebenar dan PAS akan pasti meyokongnya.

"Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya.

ADS