Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.

generation 709 220711 khalid samad Timbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah

sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut.

NONE Sebaliknya, tambah beliau, pihaknya bukan cuba untuk menjatuhkan struktur politik Melayu, tetapi hanya berharap untuk menurunkan kepimpinan korup Umno dan menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang bersih dan berkemampuan.

Isnin lalu, Najib merasmikan sesi bertemu perdana menteri anjuran Pekida dan dihadiri oleh kira-kira 12,000 ahlinya.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib menyambut baik sokongan Pekida kepadanya dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, dan sebagai balasan, beliau berjanji untuk 'membantu' pertubuhan tersebut.

[Baca berita penuh]

Pe

ADS