Malaysiakini BERITA

DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut

Aidila Razak  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

DAP hari ini mempersoalkan mengapa pelan induk bagi pembesaran terminal lapangan terbang tambang murah baru atau KLIA2 yang dirangka pada tahun 2008 tidak dipatuhi, malah pihak berkuasa memilih membinanya di atas tanah yang lembut.

tony pua pc on klia2 issue 141211 02 Sambil merujuk pelan induk Lapangan Terbang Antarabangsa KL 1992, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu juga dikenalpasti sebagai punca utama kelewatan bagi projek yang sepatutnya siap sekitar awal September 2011 tetapi kini terpaksa dilanjutkan hingga April 2013.

Selain itu, kos pembinaan KLIA2 juga naik secara mendadak daripada anggaran RM1.7 bilion pada awalnya hingga menjadi RM3.6 bilion hari ini.

"Menteri Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd perlu jawab mengapa mereka membuat keputusan memindahkan lapangan terbang itu tapak baru. Ini adalah punca kos meningkat sebanyak lebih RM2 bilion," katanya.

tony pua pc on klia2 issue 141211 slide 03 Menurut pelan 1992, tapak pembinaan semasa KLIA "terutamanya terdiri daripada tanah liat marin tepu dengan tindihan bahan gambut yang berbeza dari segi ketebalan dari dua hingga tiga meter".

"Ia mempunyai kualiti galas beban yang rendah dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan kerja-kerja kejuruteraan yang penting ... yang termasuk sistem perparitan yang lebih baik, penyingkiran lapisan tanah gambut dan memasukkan bahan yang mempunyai kualiti tinggi bagi menanggung beban (sekurang-kurangnya tiga meter), " kata Pua, yang memetik laporan itu.

Menurut beliau, kerja-kerja tanah yang diperlukan untuk menjadikan tapak itu sesuai, memerlukan anggaran kos RM1.2 bilion. Jumlah itu boleh dijimatkan, jika kerajaan mematuhi pelan induk 1992 dan membina KLIA2 di atas kawasan asal tanah keras yang telah ditandakan.

tony pua pc on klia2 issue 141211 slide 02 Pua berkata masalah tidak akan timbul jika pelan induk 1992, yang disediakan oleh Anglo Japanese Airport Corporation Berhad dipatuhi.

Kawasan yang ditandakan dalam pelan asal berkenaan adalah tanah berbukit yang telah disediakan semasa pembinaan terminal utama (KLIA) ketika itu.

[Baca berita penuh]