Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini mencabar penulis blog pro-BN untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat isterinya.

NONE Beliau turut mengakui bahawa syarikat isterinya, Wong Seow Ching memenangi kontrak untuk membekalkan pakaian lounge suit kepada ahli majlis kerajaan tempatan Ipoh pada 2008.

Syarikat Ethan & Elton Sdn Bhd itu bagaimanapun mendapat kontrak berkenaan melalui proses tender terbuka melalui Majlis Bandaraya Ipoh, katanya yang menegaskan perkara itu berlaku dengan bersih dan telus.

Menteri besar pada waktu itu, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin dan juga beliau sendiri tidak terlibat dalam lembaga tender, kata Nga.

Mereka juga tidak terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nga berkata syarikat yang membida untuk membuat pakaian berkenaan pada kadar RM650 sepasang itu diuruskan oleh rakan kongsi Wong.

"Isteri saya cuma rakan kongsi lelap," kata ahli exco Perak itu lagi.

[Baca berita penuh]

ADS